Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

AKU TETAP BERUSAHA

بسم الله الرحمن الرحيم "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Kami bukan dia. Kami tak sesoleh dia. Kami akui aku tidak sempurna. Seringkali kami lalai dalam perihal agama. Kami bukan seorang hafiz. Kami tahu aku ada banyak kekurangan. Tetapi, itulah aku. Aku akan berusaha sedaya upaya supaya dapat menjadi seorang mukmim yang soleh. inshaAllah :)

ALLAH KAN ADA

Ketika kita mengeluh: “eeeiii, aku penat sangat..." ALLAH menjawab : “ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat " (78 : 9) Ketika kita mengeluh : “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..." ALLAH menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286) Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..." ALLAH menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (13 : 28) Ketika kita mengeluh : “Apa yang aku buat ni semua sia-sia..." ALLAH menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (99 : 7) Ketika kita mengeluh : “ takdak sorang pun yang nak tolong aku..." ALLAH menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60) Ketika kita mengeluh : “ Aku sedihh sangat...” ALLAH menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (9 : 40) Allah yg jdkn kita.. tahulh Dia nk mlayan ke...

JOM LAH NIKAH

بسم الله الرحمن الرحيم  "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa. Jadikan sebagai sumber rujukan ataupun pencetus idea kepada bakal zauj ataupun zaujah diluar sana yang memerlukan 10 sebab kenapa ingin berkahwin awal, mungkin untuk dibentangkan kepada ayah dan ibu masing-masing. *Kita perlu risiko dalam kahwin awal. :) Baru ujian dari yang Maha Esa. Jika dalam Al Quran dan tulis dan Hadis pun dah sebut. Kenapa kita perlu kurang yakin ? Yakin dengan Firman Allah. Nescaya Dia akan mudahkan. InshaAllah Antara sebab kenapa perlu kahwin muda 1. Sudah ada yang berkenan di hati. Untuk pengetahuan Ma dan Abah, saya telah menjumpai insan yang berjay...

SAYONARA

بسم الله الرحمن الرحيم "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Daripada kita berkasih sayang Lebih baik kita ber  "ISTIGHFAR" Daripada kita berduaan Nanti bakal dihasut setan Awas jangan dekat-dekatan  Kita kan belum ada ikatan  Daripada kita dekat dekatan Mari kita ber "ISTIGHFAR" Bukan aku tak suka pada mu Bukan aku tak suka pada mu Tapi aku mahu lihat dulu  Setebal apa iman mu Sudahlah engkau lupakan Anggap saja kita taarufkan Sudah aku jangan kau fikirkan Mari kita ber "ISTIGHFAR" Ciptaan Mr Bee.

AYAT NOVEL

Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayanyi, hatinya dilukai kecewa dengan apa yang terjadi, Dia nekad melarikan diri Dalam pelarian itu dia mula mula merasakan sesuatu, dalam benci kiranya masih ada rindu buat buat si dia.

CORETAN HATI

Sekiranya bila kita jatuh cinta kepada manusia tak semestinya manusia cinta kepada kita Tetapi Sekiranya kita cinta kepada Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya Sekiranya kita cinta kepada manusia  kita akan cemburu kepada orang  yang mencintai orang yang kita cintai Tetapi Sekiranya kita cinta kepada Allah kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga Ya Allah andainya dia adalah jodohku yang ditetapkan oleh Mu kepadaku Maka campakanlah kedalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-mu dan campakkanah ke dalam hatinya cintu kepadaku adalah kerana-mu Namun andai dia bukanlah jodohku yang  ditetapkan oleh-Mu kepadaku berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang kau berikan kepadaku

PUASA SUNAT 2013-2014

*Senarai PUASA SUNAT 2013-2014* Sepanjang 1435 H 1. PUASA 1-9 MUHARAM = 5-13 NOV 2013 2. PUASA HARI ASYURA iaitu PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013 3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH = 6 OKT 2014 (ISNIN) 4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SPR BERIKUT: MUHARAM = 17-19 NOV 2013 SAFAR = 16 -18 DIS 2013 RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014 RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014 JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014 JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014 REJAB = 13-15 MEI 2014 SYAABAN = 11-13 JUN 2014 SYAWAL = 09-11 OGOS 2014 ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014 ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014 5. PUASA SUNAT REJAB = 1-29 MEI 2014 6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) = 30 MEI- 27 JUN 2014 7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI 1 SYAWAL IALAH antara 29 JULAI - 26 OGOS 2014 8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH = 26 SEPT-3 OKT 2014 9. PUASA HARI WUQUF (BAGI ME...

DAKWAH KERANA ALLAH

Awak sudi jadi isteri kedua saya ? “Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Zuhdi tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. “Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat. Mata Zuhdi liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya. “Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… ” Fatimah mula sebak. “Tak. Maksud saya…” “Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar. “Awak nampak macam ‘alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa? Saya rasa terhina tau” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Zuhdi diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatima...

ISLAM ITU SYUMUL

Bismillah , Mengapa jadi orang Islam kalau takut dengan Islam?  Meh sini sat cek habaq sikit dekat hangpa semua ni... 1. Tak nak tutup aurat, takut dengan tutup aurat tu jatuh saham. Nampak tak menarik. Padahal Allah bagi janji menarik - Syurga. 2. Tak nak solat, takut dengan solat kawan-kawan kata budak surau, kaki masjid, tunjuk warak, tunjuk alim. "Tak amerika la". Padahal Allah janjikan dengan kejayaan - Syurga. 3. Tak nak kahwin awal, takut dengan kahwin awal itu macam-macam perkara yang tak tercapai akal akan terjadi pada masa depan diri. Rela couple sampai terluka hati. Rela couple sampai buang bayi. Padahal Allah janjikan dengan ketenangan dan rezeki serta anak pinak dari cara yang halal. 4. Tak nak politik Islam, takut dengan naiknya Islam maka hancurlah perniagaannya, rugilah industri hiburannya, larilah pelanggannya, tak majulah bisnesnya, bankraplah perdagangannya. Padahal janji Allah dengan rezeki yang melimpah ruah bila keluar zakat, ...

WAHAI ANAK KECIL

بسم الله الرحمن الرحيم "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Bermula kisah, Seorang budak perempuan pulang ke rumahnya. Comel. Baru darjah dua. Baru balik dari sekolah. Berbaju sekolah, tanpa tudung di kepala. Langkahnya pantas. Tergesa-gesa. Masuk saja ke dalam biliknya, tanpa sempat menanggalkan kedua-dua stoking dan baju sekolah. Dicapainya gunting kecil miliknya di atas meja. Duduk di hadapan cermin. Perlahan-lahan digunting rambut kerintingnya sampai habis. Sampa i pendek nampak ubun-ubun dan kulit kepala. Seketika dia terdiam. Terduduk. Menangis sendirian. Mamanya masuk ke bilik menjenguk anak perempuan kesayangannya. Terkejut mamanya. Terus dicapainya gunting di tangan anaknya. Dicampak jauh-jauh. Mama: "Hei, kenapa ni?! Kenapa syg gunting rambut sampai botak ni?!" Merah padam muka mamanya. Marah pun ada. Geram pun ada. Hairan pun ada. Ditanya berkali-kali. Tapi si anak enggan menjawab. Lantas dipanggil ...

WARKAH TERAKHIR

بسم الله الرحمن الرحيم "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Pena buat sahabat Bilakan kita percayakan pada takdir yang baik,Hati itu tidak akan remuk dan hancur lagi,Kerna,takdir yang baik itu hadir untuk membuatkan kita,Kita nampak bahawa hidup ini masih ada peluang lagi,Sungguh buta merabunkan mata itu. Berlemas kerana bernafas dalam kegelapan yang tidak nampak,Hitam,gelap,sesak sehingga gugurnya air mata,Air mata yang merindukan pipi,lalu ianya rebah dengan banyaknyaNamun,percayakan pada takdir yang baik,kernaSi-Dia tidak pernah berlaku zalim,ujiannya sahaja membuatkan kita,Kita untuk merapatkan diri yang jauh kepada si-Dia semula. Setiap insan setiap manusia ini berbeda jalannya,Sungguh permata kita rasa sudah mengenggamnya,Namun,kenapa kita terlepas jatuhnya permata itu,Bila kita sudah merasakan sempurna. Semalam itu adalah untuk besok,besok itu pula untuk lusa,Kita hanya mampu membina dan mewarnakan hati dan jalan...

AJAL KETENTUAN TUHAN

بسم الله الرحمن الرحيم "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Pada senja itu ... Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.  “Abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh ...