Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Keberkatan dari Tuhan

بسم الله الرحمن الرحيم "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Kehidupan ini merupakan satu tanda untuk kita bersyukur diatas setiap nikmat iman dan islam yang diberikan. Selain itu, merupakan tempat persinggahan sebelum kita pergi menemui Ilahi. Disini kita mencari bekalan daripada amalan yang kita seharian. Oleh itu, marilah kita kembali semula jalan yang benar iaitu agama 'Islam'. Perkongsian harini adalah berkaitan 'Berkat dari Tuhan'.    TANDA HIDUP TAK BERKAT Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat? Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:- 1. Duit banyak, tapi cepat habis. Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la