بسم الله الرحمن الرحيم "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Pena buat sahabat Bilakan kita percayakan pada takdir yang baik,Hati itu tidak akan remuk dan hancur lagi,Kerna,takdir yang baik itu hadir untuk membuatkan kita,Kita nampak bahawa hidup ini masih ada peluang lagi,Sungguh buta merabunkan mata itu. Berlemas kerana bernafas dalam kegelapan yang tidak nampak,Hitam,gelap,sesak sehingga gugurnya air mata,Air mata yang merindukan pipi,lalu ianya rebah dengan banyaknyaNamun,percayakan pada takdir yang baik,kernaSi-Dia tidak pernah berlaku zalim,ujiannya sahaja membuatkan kita,Kita untuk merapatkan diri yang jauh kepada si-Dia semula. Setiap insan setiap manusia ini berbeda jalannya,Sungguh permata kita rasa sudah mengenggamnya,Namun,kenapa kita terlepas jatuhnya permata itu,Bila kita sudah merasakan sempurna. Semalam itu adalah untuk besok,besok itu pula untuk lusa,Kita hanya mampu membina dan mewarnakan hati dan jalan...
Moga Bermanfaat Kepada Yang Membaca