Skip to main content

Keberkatan dari Tuhan


بسم الله الرحمن الرحيم

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Kehidupan ini merupakan satu tanda untuk kita bersyukur diatas setiap nikmat iman dan islam yang diberikan. Selain itu, merupakan tempat persinggahan sebelum kita pergi menemui Ilahi. Disini kita mencari bekalan daripada amalan yang kita seharian. Oleh itu, marilah kita kembali semula jalan yang benar iaitu agama 'Islam'. Perkongsian harini adalah berkaitan 'Berkat dari Tuhan'.

  

TANDA HIDUP TAK BERKAT


Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?

Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:-

1. Duit banyak, tapi cepat habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja tapi tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang. Masa habis dengan sia-sia. Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
________________________________

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan.



Comments

Popular posts from this blog

ALLAH SEDANG MENDIDIK

Engkau mengenali kehidupan dunia ini dengan lebih jelas . Permainan di dalamnya berkembar dengan kebahayaan . Engkau menyedari , sebaik mana seseorang itu berusaha , dia pasti akan diduga . Sebersih mana pun jalan yang diambil , pasti akan ada dukanya .  Engkau akhirnya menyelami makna sabar dan percaya kepada Allah , engkau akhirnya berjaya menggapai perasaan bersangka baik kepada IIlahi tatkala diduga hebat .

Tazkirah Ringkas : Bagaimana Ingin Dikasihi Allah?

Bagaimana Ingin Dikasihi Allah? Menerusi tazkirah  https://www.mks.org.sg Kita telah mengetahui rahmat Allah begitu luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan tidak terhitung banyaknya. Maka pada hari ini, izinkan saya mengajak para jemaah untuk meneroka cara-cara untuk mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah.  Salah satu caranya adalah  dengan berbuat baik dan berlaku ihsan serta mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia. Manusia yang menyayangi saudaranya, pasti akan dikasihi Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak mengasihi, pasti tidak akan dikasihi olehNya. Pernah terdapat seorang sahabat nabi yang mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sedikitpun mencium anak-anaknya, lalu nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain.”  (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi) Mengasihi anak yatim juga adalah merupakan sifat yang amat dicintai oleh Allah dan na...

KATA PEMIMPIN DAHULU

"Kata Adolf Hitler , 'Rakyat terbanyak lebih mudah ditipu oleh pembohongon besar berbanding perbohongan kecil' . Hanya orang berduit dan berpendidikan tinggi sahaja yang boleh berbohong besar , seperti mereka berbohong berkenaan dengan Pasir .