Skip to main content

Tazkirah Ringkas : Bagaimana Ingin Dikasihi Allah?

Bagaimana Ingin Dikasihi Allah?
Menerusi tazkirah https://www.mks.org.sg
Kita telah mengetahui rahmat Allah begitu luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan tidak terhitung banyaknya.
Maka pada hari ini, izinkan saya mengajak para jemaah untuk meneroka cara-cara untuk mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah.  Salah satu caranya adalah  dengan berbuat baik dan berlaku ihsan serta mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia.
Manusia yang menyayangi saudaranya, pasti akan dikasihi Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak mengasihi, pasti tidak akan dikasihi olehNya. Pernah terdapat seorang sahabat nabi yang mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sedikitpun mencium anak-anaknya, lalu nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Mengasihi anak yatim juga adalah merupakan sifat yang amat dicintai oleh Allah dan nabi s.a.w. Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengasihi dan memuliakan serta menjaga kebajikan mereka. Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua jari ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Selain itu, berbuat baik serta berlaku ihsan kepada haiwan juga adalah merupakan suatu sifat yang perlu kita semaikan dalam diri kita. Benar, memelihara haiwan ini memang amat dianjurkan dalam Islam, tetapi pemiliknya mestilah menjaga hak-hak yang sepatutnya diberikan kepada haiwan peliharaannya.
Oleh itu, jika kita ada memelihara haiwan peliharaan di rumah contohnya seperti ikan, kucing, arnab dan sebagainya, berilah makan dan minum kepada mereka dengan secukupnya, jagalah kebajikan mereka dengan baik agar haiwan tersebut dapat meneruskan kelangsungan hidupannya dengan baik.
Pernah disebutkan dalam hadis bahawa ada pemilik haiwan yang diseksa kerana tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada haiwan peliharaannya.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada seorang wanita yang diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga mati. Wanita itu lalu masuk ke dalam neraka kerana kucing tersebut dikurungnya tanpa diberikannya makan dan minum dan tidak pula dibiarkannya bebas sehingga dia dapat memakan serangga tanah.”(Hadis Riwayat Imam Bukhari) 
Demikianlah beberapa contoh mudah tentang cara kita bersifat belas kasihan kepada seluruh makhluk Allah SWT di atas muka bumi ini. Oleh kerana itu, kita pasti akan dikasihi oleh Allah dan seluruh penduduk yang ada di langit jika memiliki sifat rahmat dan ihsan kepada seluruh makhlukNya. Mudah-mudahan ianya menjadi salah satu sebab untuk kita mendapat 99 lagi rahmatNya di Hari Akhirat kelak. Allahumma amin.

Sekian

Comments

Popular posts from this blog

Beza Antara Musibah Dan Ujian

Apakah perbezaan antara musibah dan ujian? 1. Ujian itu bersifat sementara Ujian bersifat sementara dan tidak kekal. Ia wujud hanya untuk menduga keimanan orang yang beriman. Hukuman atau uquubah adalah balasan kepada mereka yang melakukan dosa dan bersifat kekal abadi. Biasanya ujian datang dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan wang atau harta dan makanan dan kematian. Allah swt berfirman: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155) Dalam sejarah para nabi, beberapa perkara berlaku: Nabi Ibrahim as dicampak ke api oleh Namrud Nabi Ayub as pernah ditimpa sakit berpanjangan Nabi Yusuf as dimasukkan ke dalam penjara Nabi Yahya as juga pernah dimasukkan ke dalam penjara Nabi Yunus as dimasukkan ke dalam perut ik...

WABAK COVID-19

Coronavirus: Simptom, Punca dan Rawatan Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019. Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan. Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission). Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan. Simptom dan Tanda Novel Coronavirus Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom: Demam Batuk Sesak nafas Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jang...

10 Kesalahan Umum Yang Perlu Dielakkan Dalam Temuduga Kerja

10 Kesalahan Umum Yang Perlu Dielakkan Dalam Temuduga Kerja Kami mahu kongsika   tips komunikasi dan perlakuan yang perlu dielakkan ketika hadir temuduga. Berikut adalah sepuluh kesalahan umum berkaitan komunikasi dan etiket bisnes yang anda perlu elakkan dalam temuduga kerja. 1. Mengakui anda cemas dalam temuduga. Syarikat mahukan pekerja yang sentiasa yakin dan tenang dalam menyelesaikan situasi, terutamanya bila berhadapan klien syarikat. Menunjukkan anda cemas akan menyampaikan mesej kepada penemuduga bahawa anda ingin ditenangkan sedangkan itu bukan tugas penemuduga dan akan menyebabkan penemuduga berfikir yang mereka perlu memperuntukan masa untuk menenangkan dan memberikan keselesaan kepada anda apabila anda masuk bekerja nanti. Tunjukkan anda seorang yang yakin dan tenang, sekiranya anda sering cemas, berlatihlah dari sekarang untuk bijak mengawal emosi dan fizikal diri untuk lekihatan yakin. 2. Mengkritik dan mengadu tentang majikan lama. Jang...