Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Aplikasi Ini Bantu Anda Raih Pendapatan Sampingan!

 DAPAT DUIT SAMBIL MENCUBA APLIKASI DAN PERMAINAN Tap Cash Rewards adalah aplikasi Android yang mempunyai penarafan yang tinggi di Google Play Store iaitu 4.3 bintang. Anda hanya perlu memuat turun dan menggunakan aplikasi dan permainan mudah alih percuma yang ditawarkan oleh Tap Cash Rewards. Sesudah itu, anda akan menerima mata ganjaran yang boleh ditebus dalam bentuk wang melalui PayPal ataupun baucar hadiah. Sekiranya anda mendaftar sebagai seorang VIP, anda juga akan mendapat mata ganjaran harian apabila anda masuk menggunakan aplikasi ini setiap hari. Ahli VIP memerlukan anda untuk menggunakan akaun Facebook anda bersama dengan Tap Cash Rewards. Aplikasi yang boleh didapai di kedua-dua iTunes dan Google Play Store ini telah mendapat liputan secara meluas di media barat seperti Forbes, New York Times, Good Morning America, CNBC, TechCrunch, CBS This Morning, Huffington Post dan lain-lain lagi.

10 Kesalahan Umum Yang Perlu Dielakkan Dalam Temuduga Kerja

10 Kesalahan Umum Yang Perlu Dielakkan Dalam Temuduga Kerja Kami mahu kongsika   tips komunikasi dan perlakuan yang perlu dielakkan ketika hadir temuduga. Berikut adalah sepuluh kesalahan umum berkaitan komunikasi dan etiket bisnes yang anda perlu elakkan dalam temuduga kerja. 1. Mengakui anda cemas dalam temuduga. Syarikat mahukan pekerja yang sentiasa yakin dan tenang dalam menyelesaikan situasi, terutamanya bila berhadapan klien syarikat. Menunjukkan anda cemas akan menyampaikan mesej kepada penemuduga bahawa anda ingin ditenangkan sedangkan itu bukan tugas penemuduga dan akan menyebabkan penemuduga berfikir yang mereka perlu memperuntukan masa untuk menenangkan dan memberikan keselesaan kepada anda apabila anda masuk bekerja nanti. Tunjukkan anda seorang yang yakin dan tenang, sekiranya anda sering cemas, berlatihlah dari sekarang untuk bijak mengawal emosi dan fizikal diri untuk lekihatan yakin. 2. Mengkritik dan mengadu tentang majikan lama. Jang...

7 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Satu Minit Tetapi Besar Ganjarannya

Menerusi https://tzkrh.com D i dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan. Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr. Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan. 1 - Membaca Surah Al-Ikhlas Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda; Siapa yang membaca qul huwallahu ahad samp...

Tazkirah Ringkas : Bagaimana Ingin Dikasihi Allah?

Bagaimana Ingin Dikasihi Allah? Menerusi tazkirah  https://www.mks.org.sg Kita telah mengetahui rahmat Allah begitu luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan tidak terhitung banyaknya. Maka pada hari ini, izinkan saya mengajak para jemaah untuk meneroka cara-cara untuk mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah.  Salah satu caranya adalah  dengan berbuat baik dan berlaku ihsan serta mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia. Manusia yang menyayangi saudaranya, pasti akan dikasihi Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak mengasihi, pasti tidak akan dikasihi olehNya. Pernah terdapat seorang sahabat nabi yang mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sedikitpun mencium anak-anaknya, lalu nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain.”  (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi) Mengasihi anak yatim juga adalah merupakan sifat yang amat dicintai oleh Allah dan na...