Skip to main content

10 Kesalahan Umum Yang Perlu Dielakkan Dalam Temuduga Kerja

10 Kesalahan Umum Yang Perlu Dielakkan Dalam Temuduga Kerja



Kami mahu kongsika   tips komunikasi dan perlakuan yang perlu dielakkan ketika hadir temuduga. Berikut adalah sepuluh kesalahan umum berkaitan komunikasi dan etiket bisnes yang anda perlu elakkan dalam temuduga kerja.


1. Mengakui anda cemas dalam temuduga.


Syarikat mahukan pekerja yang sentiasa yakin dan tenang dalam menyelesaikan situasi, terutamanya bila berhadapan klien syarikat. Menunjukkan anda cemas akan menyampaikan mesej kepada penemuduga bahawa anda ingin ditenangkan sedangkan itu bukan tugas penemuduga dan akan menyebabkan penemuduga berfikir yang mereka perlu memperuntukan masa untuk menenangkan dan memberikan keselesaan kepada anda apabila anda masuk bekerja nanti. Tunjukkan anda seorang yang yakin dan tenang, sekiranya anda sering cemas, berlatihlah dari sekarang untuk bijak mengawal emosi dan fizikal diri untuk lekihatan yakin.

2. Mengkritik dan mengadu tentang majikan lama.


Jangan sesekali melakukan perkara ini, apabila ditanya oleh penemuduga kenapa anda berhenti kerja atau apa pendapat anda tentang tempat kerja lama anda. Mengkritik majikan lama atau mengkritik sesiapa sahaja akan menyebabkan penemuduga mempunyai persepsi yang negatif terhadap sikap anda. Mereka akan melihat anda adalah seorang yang negatif, tidak matang, terlalu emosional, suka menyalahkan orang lain, tidak bertanggungjawab dan tidak memiliki hati yang baik.

Walau apapun keburukan dan kelemahan majikan lama anda, elakkan bercerita kepada penemuduga tentang perkara tersebut tetapi ceritakanlah tentang kebaikan dan sumbangan majikan lama kepada anda. Setiap orang ada kelebihan sebagaimana setiap orang ada kelemahan. Penemuduga akan melihat anda sebagai seorang yang positif, berfikiran matang dan sukakan kebaikan apabila anda suka bercakap dari sudut positif.

3. Bertanya soalan peribadi


Elakkan bertanya soalan peribadi kepada penemuduga. Sesi temuduga bukan tempat untuk anda beramah mesra, sesi temuduga adalah khusus untuk urusan profesional (stricly business). Bertanya soalan peribadi juga akan menyebabkan penemuduga menilai anda tidak menghormati mereka, kurang peka terhadap etiket bisnes dan tidak tahu membawa diri dalam majlis atau acara yang formal.

4. Meletakkan tangan dalam poket atau menggaru hidung, muka dan telinga


Kedudukan ini menunjukkan anda kurang berminat dan tidak berasa selesa dengan penemuduga dan juga rasa tidak selesa dengan soalan yang diajukan.

Perlu diingat bahawa ada di antara panel penemuduga yang sangat peka dan menilai diri anda melalui perlakuan dan bahasa badan anda.

5.Berpura-pura memahami soalan dan membuang masa dengan soalan yang tidak berkaitan


Sekiranya anda kurang faham dengan soalan yang diajukan oleh penemuduga, dapatkan kepastian sebelum menjawab soalan. Elakkan juga bertanya soalan yang tidak ada kena mengena, soalan anda adalah untuk membawa kepada penemuduga bertanya soalan dengan lebih tepat, mudah dan difahami.

Anda perlu jawab soalan penemuduga dengan tepat dan elakkan meleret-leret.

6. Memberi maklumat peribadi yang tidak penting.


Penemuduga tidak berminat mengenai perihal pakaian, kesihatan dan aktiviti anda ketika masa lapang. Usah terlalu banyak bercerita tentang hal peribadi diri anda, kecuali apabila penemuga bertanya. Walaupun apabila penemuduga bertanya dan menunjukkan minat, ceritakan apa yang perlu sahaja dengan ringkas, tepat dan padat.

7. Bersikap terlalu lurus


Penemuduga : “Apakah yang anda boleh tawarkan kepada syarikat kami?”.
Calon Temuduga : “Saya akan lakukan apa-apa sahaja untuk syarikat”.


Jika anda memberi jawapan seperti ini, anda berkemungkinan akan diberikan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan bidang anda dan tidak membantu dalam meningkatkan karier anda. Anda seharusnya ingat yang anda mahukan skop tugas yang ditawarkan oleh syarikat semasa temuduga, tetapi anda tidak mahu diberikan tugas yang tidak berkenaan.

Ya, ia benar pada zaman ini anda perlu menjadi seorang yang ‘multitask’ dalam karier anda cuma pastikan peratusan kerja yang lebih adalah kepada bidang anda.

8. Bersikap mempertahankan diri dengan kelemahan diri


Sekiranya penemuduga bertanya soalan begini :


Penemuduga : “Bagaimanakah kemahiran awak dalam menggunakan teknologi IT?.”
Calon Temuduga : “Saya tidak mahir dalam menggunakan teknologi IT, tetapi saya mempunyai etika kerja yang bagus”.


Jawapan seperti ini memfokuskan kelemahan calon temuduga mengenai kemahiran IT beliau yang lemah. Jika anda memberi jawapan seperti ini secara tidak langsung menunjukkan kepada penemuduga yang anda tidak layak untuk tugas yang ditawarkan.

Berilah jawapan yang menunjukkan anda bersikap pro aktif dan akan berusaha untuk meningkatkan kemahiran anda mengenai teknologi itu.

9. Keberatan memberitahu kelemahan diri


Apabila ditanya mengenai kelemahan diri, berhati-hati ketika memberi jawapan.


Contoh:

Penemuduga: “Apakah kelemahan diri awak?.”
Calon temuduga: ” Saya tidak dapat memikirkan kelemahan diri saya “.


Calon temuduga yang bijak akan memberikan jawapan dengan menyelitkan kelemahan diri dengan kekuatan diri.


Contoh:


Penemuduga : “Apakah kelemahan diri awak?.”


Calon temduga : “Saya amat tepati masa dan saya mudah hilang sabar dengan orang yang tidak tepati masa “.

10. Bersikap terlalu mesra dengan penemuduga


Penemuduga tidak berfikir untuk menjalin hubungan dengan anda, sebaliknya memikirkan samada anda layak atau tidak dengan pekerjaan yang ditawarkan. Kemungkinan ada di antara panel yang kelihatan mudah mesra dengan anda, tetapi itu bukan bermakna anda perlu jadi terlalu atau terlebih mesra, dalam masa yang sama usahlah terlalu serius. Pastikan perlakuan anda sederhana dan menyenangkan.




Credit raihan.awaken

Comments

Popular posts from this blog

Beza Antara Musibah Dan Ujian

Apakah perbezaan antara musibah dan ujian? 1. Ujian itu bersifat sementara Ujian bersifat sementara dan tidak kekal. Ia wujud hanya untuk menduga keimanan orang yang beriman. Hukuman atau uquubah adalah balasan kepada mereka yang melakukan dosa dan bersifat kekal abadi. Biasanya ujian datang dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan wang atau harta dan makanan dan kematian. Allah swt berfirman: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155) Dalam sejarah para nabi, beberapa perkara berlaku: Nabi Ibrahim as dicampak ke api oleh Namrud Nabi Ayub as pernah ditimpa sakit berpanjangan Nabi Yusuf as dimasukkan ke dalam penjara Nabi Yahya as juga pernah dimasukkan ke dalam penjara Nabi Yunus as dimasukkan ke dalam perut ik...

WABAK COVID-19

Coronavirus: Simptom, Punca dan Rawatan Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019. Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan. Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission). Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan. Simptom dan Tanda Novel Coronavirus Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom: Demam Batuk Sesak nafas Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jang...