Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah Allah S.W.T. akan memberikan kelebihan kepada orang yang memberikan hadiah dan sedekah. Antara kelebihan orang yang memberikan hadiah dan sedekah ialah:- Mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.: Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas setiap kebajikan yang dilakukannya. Disukai oleh manusia. Orang yang suka bersedekah dan memberikan hadiah akan disukai oleh manusia kerana mereka membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain. Rezeki akan bertambah. Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan. Jenis-Jenis Sedekah Senyuman Senyuman yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati orang lain. Amar makruf dan nahi mungkar Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh ...
Moga Bermanfaat Kepada Yang Membaca