Skip to main content

Waktu Dhuha Yang Ditinggalkan


Rasanya ramai yang sedia maklum akan kelebihan menunaikan solat sunat Dhuha. Solat sunat Dhuha sering dikaitkan dengan amalan untuk mendapat rezeki yang luas.

Ia dipanggil solat Dhuha kerana waktu yang dikhususkan untuk mengerjakan solat sunat ini ialah pada waktu Dhuha sahaja. Waktu Dhuha merujuk pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah, kira-kira 20 minit selepas terbit matahari. Waktu Dhuha berakhir apabila matahari berada tepat di tengah-tengah langit, kira-kira 9 minit sebelum masuk waktu Zohor.

Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi dengan mengamalkan solat Dhuha. Sebelum itu, apakah cara mudah dan betul untuk melaksanakan solat sunat Dhuha? Di sini kami kongsikan langkah-langkah mudah solat Dhuha berserta doa Dhuha sebagai panduan anda.

Bilangan rakaat

Solat Dhuha dilakukan dengan 2 rakaat untuk setiap kali solat, dan boleh diulang sehingga 6 kali solat (2 rakaat x 6 kali solat) setiap hari.

Lafaz niat Solat Dhuha

Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Bacaan Dalam Solat

Dari segi rukun, tertib dan syarat sah solat, solat Dhuha adalah sama seperti solat wajib yang lain. Tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Namun begitu, terdapat bacaan surah tertentu yang digalakkan oleh para ulama.

Untuk rakaat pertama, anda digalakkan untuk membaca Surah as-Shams dan Surah ad-Dhuha pada rakaat kedua. Walau bagaimanapun, ini hanyalah galakkan. Terserah pada anda untuk membaca surah yang anda ingini. Bagi bacaan-bacaan lain pula seperti sujud, rukuk dan sebagainya, adalah sama seperti solat biasa.

Kelebihan Solat Dhuha

Umum mengetahui bahawa solat ini dikaitkan sebagai amalan yang dapat membuka pintu-pintu rezeki. Dengan mengamalkannya, seseorang itu akan memperolehi rezeki yang melimpah-ruah serta hati yang tenang.

Harus diingatkan di sini bahawa rezeki itu tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit dan harta benda sahaja. Ia juga boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti:

  1. Dikurniakan kesihatan tubuh badan.
  2. Rezeki yang mencukupi serta berkat.
  3. Anak-anak yang soleh dan solehah.
  4. Dapat mengerjakan ibadat umum dan ibadat khusus.
  5. Dipermudahkan urusan dalam seharian kehidupan sebagai seorang Muslim.

Selain itu, dengan mengamalkan solat Dhuha juga, seseorang itu akan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.

Kita disarankan untuk mengamalkan solat sunat ini dalam kehidupan seharian kita. Pada awalnya mungkin anda berasa berat untuk melakukannya. Tetapi apabila ianya menjadi sebahagian dari rutin harian, anda pasti berasa nikmat dan seronok mengerjakannya. Semoga panduan ini dapat menjadi titik perubahan dalam kehidupan anda sebagai seorang Muslim. Selamat beramal!

 www.alkauthar.com.my

Comments

Popular posts from this blog

ALLAH SEDANG MENDIDIK

Engkau mengenali kehidupan dunia ini dengan lebih jelas . Permainan di dalamnya berkembar dengan kebahayaan . Engkau menyedari , sebaik mana seseorang itu berusaha , dia pasti akan diduga . Sebersih mana pun jalan yang diambil , pasti akan ada dukanya .  Engkau akhirnya menyelami makna sabar dan percaya kepada Allah , engkau akhirnya berjaya menggapai perasaan bersangka baik kepada IIlahi tatkala diduga hebat .

Tazkirah Ringkas : Bagaimana Ingin Dikasihi Allah?

Bagaimana Ingin Dikasihi Allah? Menerusi tazkirah  https://www.mks.org.sg Kita telah mengetahui rahmat Allah begitu luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan tidak terhitung banyaknya. Maka pada hari ini, izinkan saya mengajak para jemaah untuk meneroka cara-cara untuk mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah.  Salah satu caranya adalah  dengan berbuat baik dan berlaku ihsan serta mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia. Manusia yang menyayangi saudaranya, pasti akan dikasihi Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak mengasihi, pasti tidak akan dikasihi olehNya. Pernah terdapat seorang sahabat nabi yang mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sedikitpun mencium anak-anaknya, lalu nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain.”  (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi) Mengasihi anak yatim juga adalah merupakan sifat yang amat dicintai oleh Allah dan na...

KATA PEMIMPIN DAHULU

"Kata Adolf Hitler , 'Rakyat terbanyak lebih mudah ditipu oleh pembohongon besar berbanding perbohongan kecil' . Hanya orang berduit dan berpendidikan tinggi sahaja yang boleh berbohong besar , seperti mereka berbohong berkenaan dengan Pasir .