Skip to main content

Memberi Sedekah Amalan Yang Kian Ditinggalkan

Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah

Allah S.W.T. akan memberikan kelebihan kepada orang yang memberikan hadiah dan sedekah. Antara kelebihan orang yang memberikan hadiah dan sedekah ialah:-

Mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.: Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas  setiap kebajikan yang dilakukannya.

Disukai oleh manusia. Orang yang suka bersedekah dan memberikan hadiah akan disukai oleh manusia kerana mereka membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain.

Rezeki akan bertambah. Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan.

Jenis-Jenis Sedekah

Senyuman

Senyuman yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati orang lain.

Amar makruf dan nahi mungkar

Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh diertikan sebagai menyelamatkan rakan kita daripada azab neraka.

Menyelesaikan masalah orang lain

Dalam hadis Rasulullah S.A.W. ada menyatakan bahawa menunjukkan jalan kepada orang yang sesat merupakan sedekah. Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan maka perbuatan kita itu dikira sebagai sedekah.            

Membuang perkara yang menghalang di jalan

Membuang benda-benda yang berbahaya dan menghalang serta mengganggu perjalanan seperti duri, kaca, kayu, dan sebagainyajuga merupakan sedekah.   

Wang atau harta benda

Kita menghulurkan sedekah atau harta benda lain seperti pakaian, makanan, tempat tinggal, aan tanah tempat kediaman juga merupakan sedekah.       

Memberikan khidmat       

Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan denganmemberikan bantuan tenaga atau perkhidmatan.        

Adab-Adab Memberikan Hadiah Dan Sedekah

Untuk mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah S.W.T. dalam sedekah, kita seharusnya melihat kepada adab-adab yang harus dilakukan semasa bersedekah atau memberikan hadiah. Adab-adab memberikan hadiah dan sedekah antaranya ialah:

Ikhlas

Pemberian sedekah dan hadiah hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk dalam bentuk pujian mahupun wang ringgit.

Memberikan barangan yang disayangi

Untuk mendapat ganjaran besar terhadap apa yang kita sedekahkan, kita hendaklah memberikan barang yang kita sayangi.

Tidak mengungkit barang yang telah kita berikan

Sekiranya kita mengungkit barang yang telah kita keluarkan, akan terhapuslah ganjaran pahala yang kita perolehi.

Setiap ayat yang dibaca dapat memberi ilmu dan manfaat kepada semua. Sirru Ala Barakatillah
 

Comments

Popular posts from this blog

Beza Antara Musibah Dan Ujian

Apakah perbezaan antara musibah dan ujian? 1. Ujian itu bersifat sementara Ujian bersifat sementara dan tidak kekal. Ia wujud hanya untuk menduga keimanan orang yang beriman. Hukuman atau uquubah adalah balasan kepada mereka yang melakukan dosa dan bersifat kekal abadi. Biasanya ujian datang dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan wang atau harta dan makanan dan kematian. Allah swt berfirman: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155) Dalam sejarah para nabi, beberapa perkara berlaku: Nabi Ibrahim as dicampak ke api oleh Namrud Nabi Ayub as pernah ditimpa sakit berpanjangan Nabi Yusuf as dimasukkan ke dalam penjara Nabi Yahya as juga pernah dimasukkan ke dalam penjara Nabi Yunus as dimasukkan ke dalam perut ik...

WABAK COVID-19

Coronavirus: Simptom, Punca dan Rawatan Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019. Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan. Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission). Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan. Simptom dan Tanda Novel Coronavirus Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom: Demam Batuk Sesak nafas Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jang...

10 Kesalahan Umum Yang Perlu Dielakkan Dalam Temuduga Kerja

10 Kesalahan Umum Yang Perlu Dielakkan Dalam Temuduga Kerja Kami mahu kongsika   tips komunikasi dan perlakuan yang perlu dielakkan ketika hadir temuduga. Berikut adalah sepuluh kesalahan umum berkaitan komunikasi dan etiket bisnes yang anda perlu elakkan dalam temuduga kerja. 1. Mengakui anda cemas dalam temuduga. Syarikat mahukan pekerja yang sentiasa yakin dan tenang dalam menyelesaikan situasi, terutamanya bila berhadapan klien syarikat. Menunjukkan anda cemas akan menyampaikan mesej kepada penemuduga bahawa anda ingin ditenangkan sedangkan itu bukan tugas penemuduga dan akan menyebabkan penemuduga berfikir yang mereka perlu memperuntukan masa untuk menenangkan dan memberikan keselesaan kepada anda apabila anda masuk bekerja nanti. Tunjukkan anda seorang yang yakin dan tenang, sekiranya anda sering cemas, berlatihlah dari sekarang untuk bijak mengawal emosi dan fizikal diri untuk lekihatan yakin. 2. Mengkritik dan mengadu tentang majikan lama. Jang...