Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Memberi Sedekah Amalan Yang Kian Ditinggalkan

Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah Allah S.W.T. akan memberikan kelebihan kepada orang yang memberikan hadiah dan sedekah. Antara kelebihan orang yang memberikan hadiah dan sedekah ialah:- Mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.: Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas  setiap kebajikan yang dilakukannya. Disukai oleh manusia. Orang yang suka bersedekah dan memberikan hadiah akan disukai oleh manusia kerana mereka membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain. Rezeki akan bertambah. Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan. Jenis-Jenis Sedekah Senyuman Senyuman yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati orang lain. Amar makruf dan nahi mungkar Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh ...

Waktu Dhuha Yang Ditinggalkan

Rasanya ramai yang sedia maklum akan kelebihan menunaikan solat sunat Dhuha. Solat sunat Dhuha sering dikaitkan dengan amalan untuk mendapat rezeki yang luas. Ia dipanggil solat Dhuha kerana waktu yang dikhususkan untuk mengerjakan solat sunat ini ialah pada waktu Dhuha sahaja. Waktu Dhuha merujuk pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah, kira-kira 20 minit selepas terbit matahari. Waktu Dhuha berakhir apabila matahari berada tepat di tengah-tengah langit, kira-kira 9 minit sebelum masuk waktu Zohor. Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi dengan mengamalkan solat Dhuha. Sebelum itu, apakah cara mudah dan betul untuk melaksanakan solat sunat Dhuha? Di sini kami kongsikan langkah-langkah mudah solat Dhuha berserta doa Dhuha sebagai panduan anda. Bilangan rakaat Solat Dhuha dilakukan dengan 2 rakaat untuk setiap kali solat, dan boleh diulang sehingga 6 kali solat (2 rakaat x 6 kali solat) setiap hari. Lafaz niat Solat Dhuha Sahaja aku solat su...