Skip to main content

Posts

Featured post

Tazkirah Ringkas : Bagaimana Ingin Dikasihi Allah?

Bagaimana Ingin Dikasihi Allah? Menerusi tazkirah  https://www.mks.org.sg Kita telah mengetahui rahmat Allah begitu luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan tidak terhitung banyaknya. Maka pada hari ini, izinkan saya mengajak para jemaah untuk meneroka cara-cara untuk mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah.  Salah satu caranya adalah  dengan berbuat baik dan berlaku ihsan serta mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia. Manusia yang menyayangi saudaranya, pasti akan dikasihi Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak mengasihi, pasti tidak akan dikasihi olehNya. Pernah terdapat seorang sahabat nabi yang mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sedikitpun mencium anak-anaknya, lalu nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain.”  (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi) Mengasihi anak yatim juga adalah merupakan sifat yang amat dicintai oleh Allah dan nabi s.a.w. Adalah me
Recent posts

Memberi Sedekah Amalan Yang Kian Ditinggalkan

Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah Allah S.W.T. akan memberikan kelebihan kepada orang yang memberikan hadiah dan sedekah. Antara kelebihan orang yang memberikan hadiah dan sedekah ialah:- Mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.: Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas  setiap kebajikan yang dilakukannya. Disukai oleh manusia. Orang yang suka bersedekah dan memberikan hadiah akan disukai oleh manusia kerana mereka membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain. Rezeki akan bertambah. Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan. Jenis-Jenis Sedekah Senyuman Senyuman yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati orang lain. Amar makruf dan nahi mungkar Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh dier

Waktu Dhuha Yang Ditinggalkan

Rasanya ramai yang sedia maklum akan kelebihan menunaikan solat sunat Dhuha. Solat sunat Dhuha sering dikaitkan dengan amalan untuk mendapat rezeki yang luas. Ia dipanggil solat Dhuha kerana waktu yang dikhususkan untuk mengerjakan solat sunat ini ialah pada waktu Dhuha sahaja. Waktu Dhuha merujuk pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah, kira-kira 20 minit selepas terbit matahari. Waktu Dhuha berakhir apabila matahari berada tepat di tengah-tengah langit, kira-kira 9 minit sebelum masuk waktu Zohor. Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi dengan mengamalkan solat Dhuha. Sebelum itu, apakah cara mudah dan betul untuk melaksanakan solat sunat Dhuha? Di sini kami kongsikan langkah-langkah mudah solat Dhuha berserta doa Dhuha sebagai panduan anda. Bilangan rakaat Solat Dhuha dilakukan dengan 2 rakaat untuk setiap kali solat, dan boleh diulang sehingga 6 kali solat (2 rakaat x 6 kali solat) setiap hari. Lafaz niat Solat Dhuha Sahaja aku solat su

Beza Antara Musibah Dan Ujian

Apakah perbezaan antara musibah dan ujian? 1. Ujian itu bersifat sementara Ujian bersifat sementara dan tidak kekal. Ia wujud hanya untuk menduga keimanan orang yang beriman. Hukuman atau uquubah adalah balasan kepada mereka yang melakukan dosa dan bersifat kekal abadi. Biasanya ujian datang dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan wang atau harta dan makanan dan kematian. Allah swt berfirman: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155) Dalam sejarah para nabi, beberapa perkara berlaku: Nabi Ibrahim as dicampak ke api oleh Namrud Nabi Ayub as pernah ditimpa sakit berpanjangan Nabi Yusuf as dimasukkan ke dalam penjara Nabi Yahya as juga pernah dimasukkan ke dalam penjara Nabi Yunus as dimasukkan ke dalam perut ik

WABAK COVID-19

Coronavirus: Simptom, Punca dan Rawatan Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019. Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan. Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission). Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan. Simptom dan Tanda Novel Coronavirus Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom: Demam Batuk Sesak nafas Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jang

Aplikasi Ini Bantu Anda Raih Pendapatan Sampingan!

 DAPAT DUIT SAMBIL MENCUBA APLIKASI DAN PERMAINAN Tap Cash Rewards adalah aplikasi Android yang mempunyai penarafan yang tinggi di Google Play Store iaitu 4.3 bintang. Anda hanya perlu memuat turun dan menggunakan aplikasi dan permainan mudah alih percuma yang ditawarkan oleh Tap Cash Rewards. Sesudah itu, anda akan menerima mata ganjaran yang boleh ditebus dalam bentuk wang melalui PayPal ataupun baucar hadiah. Sekiranya anda mendaftar sebagai seorang VIP, anda juga akan mendapat mata ganjaran harian apabila anda masuk menggunakan aplikasi ini setiap hari. Ahli VIP memerlukan anda untuk menggunakan akaun Facebook anda bersama dengan Tap Cash Rewards. Aplikasi yang boleh didapai di kedua-dua iTunes dan Google Play Store ini telah mendapat liputan secara meluas di media barat seperti Forbes, New York Times, Good Morning America, CNBC, TechCrunch, CBS This Morning, Huffington Post dan lain-lain lagi.

10 Kesalahan Umum Yang Perlu Dielakkan Dalam Temuduga Kerja

10 Kesalahan Umum Yang Perlu Dielakkan Dalam Temuduga Kerja Kami mahu kongsika   tips komunikasi dan perlakuan yang perlu dielakkan ketika hadir temuduga. Berikut adalah sepuluh kesalahan umum berkaitan komunikasi dan etiket bisnes yang anda perlu elakkan dalam temuduga kerja. 1. Mengakui anda cemas dalam temuduga. Syarikat mahukan pekerja yang sentiasa yakin dan tenang dalam menyelesaikan situasi, terutamanya bila berhadapan klien syarikat. Menunjukkan anda cemas akan menyampaikan mesej kepada penemuduga bahawa anda ingin ditenangkan sedangkan itu bukan tugas penemuduga dan akan menyebabkan penemuduga berfikir yang mereka perlu memperuntukan masa untuk menenangkan dan memberikan keselesaan kepada anda apabila anda masuk bekerja nanti. Tunjukkan anda seorang yang yakin dan tenang, sekiranya anda sering cemas, berlatihlah dari sekarang untuk bijak mengawal emosi dan fizikal diri untuk lekihatan yakin. 2. Mengkritik dan mengadu tentang majikan lama. Jangan seseka

7 Amalan Boleh Dilakukan Dalam Masa Satu Minit Tetapi Besar Ganjarannya

Menerusi https://tzkrh.com D i dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan. Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr. Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan. 1 - Membaca Surah Al-Ikhlas Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda; Siapa yang membaca qul huwallahu ahad samp